40 In Stock
NUTRILITE Bio C Plus All Day
RM 86.00 - 164.00

NUTRILITE Bio C Plus All Day Formula adalah suplemen kesihatan yang membantu menambah lagi vitamin C sepanjang hari. Ia juga memberikan cara mudah dan ringkas untuk menyokong diet harian yang sihat.

Bio C Plus All Day Formula Nutrilite™ mengandungi 500mg vitamin C setiap tablet, tanpa pewarna tiruan, perisa atau pengawet. Bio C Plus All Day Formula Nutrilite™ juga mengandungi fitonutrien daripada ceri aserola, yang ditanam di ladang Nutrilite.

Nutrilite Bio C Plus All Day Formula mengandungi 500mg vitamin C setiap tablet, nilai pemakanan yang bersamaan dengan sejumlah besar buah-buahan. Bio C Plus All Day Formula memberikan anda sitrus bioflavonoid dan nutrien daripada ceri aserola yang ditanam dan dipetik dari ladang-ladang Nutrilite.

Selain menggalakkan tulang, gigi dan gusi yang sihat, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula membantu menyokong kesihatan tubuh anda dan penyerapan vitamin penting yang baik, memberikan anda lebih banyak vitamin C boleh guna bagi setiap tablet. Sebagai suplemen yang lembut pada perut, Nutrilite Bio C Plus All Day Formula tidak menyebabkan sakit perut.

CARA MENGGUNA
Dewasa ambil satu tablet sehari, selepas makan.

NASIHAT/LANGKAH KESELAMATAN
Ikuti dos yang disyorkan dan arahan penggunaan.
Produk harus dijauhkan daripada kanak-kanak.

PENYIMPANAN
Tutup penutup dengan ketat dan simpan dalam peti sejuk selepas dibuka atau simpan di tempat sejuk dan kering di bawah 30°C.

TARIKH PENGELUARAN/LUPUT
Tarikh luput dicetak pada bungkusan produk.

BILANGAN
60 tablet atau 120 tablet

BAHAN-BAHAN
Asid askorbik (C), pekatan ceri aserola semula jadi, sitrus multiflavonoid, mikrokristalin selulosa, maltodekstrin, magnesium stearat, hidroksipropil metilselulosa.

CATATAN KESIHATAN
Tiada pewarna tiruan, perisa atau pengawet yang ditambah


Kuantiti/Size
Choose your option

Powered by Niaga.Place